Perbezaan Di Antara Simili Paper dan Art Paper

Simili paper dan art paper, kedua-duanya merupakan jenis material yang sangat popular dan biasa digunakan untuk dijadikan risalah atau flyer.

Namun begitu, terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis material ini. Perbezaan inilah yang menjadikan harga untuk mencetak material ini berbeza di antara satu sama lain.

Simili paper adalah kertas biasa yang biasa dijual di kedai dan biasa diguna untuk fotostat. Material ini banyak terdapat dalam ketebalan 70gsm dan 80gsm. Namun begitu, simili paper 100gsm adalah yang sesuai digunakan untuk mencetak flyer kerana ia lebih tebal.

Art paper pula ialah sejenis kertas yang lebih tebal dan ia lebih licin serta cantik, sangat sesuai untuk mencetak flyer kerana gambar yang tercetak dalam art paper sangat terang dan cantik. Sebab itu, art paper lebih mahal berbanding simili paper. 

Sekian sahaja info berkaitan printing oleh SAFIRA. Kami akan sentiasa memberikan info-info yang terkini, jadi, sila tekan "Like" di Fan Page untuk mendapat info terbaru. Terima kasih.

1 comments:

Anonymous said...

Adakah simili paper ni sama dengan woodfree paper? perbezaan bagi woodfree paper dan uncoated woodfree paper?